Sunday, June 8, 2014
Monday, May 19, 2014
Kenali Logo Halal Malaysia
Takrifan Halal
Bagi tujuan prosedur ini,
takrifan berikut adalah digunapakai :
Pihak Berkuasa Yang Diiktiraf
Pihak berkuasa yang diiktiraf
bermaksud pihak berkuasa JAKIM, JAIN atau MAIN mana satu yang berkenaan.
Hukum Syarak
Hukum Syarak bermakna
undang-undang Islam dalam Mazhab Syafi’e atau undang-undang dalam mana suatu
Mazhab Maliki, Hambali atau Hanafi yang telah bersetuju oleh Yang di-Pertuan
Agong dikuatkuasakan dalam Wilayah Persekutuan atau oleh Raja bagi mana-mana
negeri dikuatkuasakan dalam negeri itu.
Logo Halal
Logo halal bermaksud logo yang
dikeluarkan oleh JAKIM/ JAIN/ MAIN dan mengandungi:
- bintang berbucu lapan di tengah-tengah bulatan;
- perkataan Arab – “حلآل” di tengah bintang;
- diikuti tulisan rumi “HALAL”;
- dalam perkataan Arab;
- dua bintang kecil berbucu lima diletakkan bagi memisahkan tulisan rumi dan
- perkataan Arab
Halal
Halal berasal daripada kalimah Arab yang bermaksud dibenarkan atau dibolehkan oleh Hukum Syarak.
Takrif Halal mengikut Perintah Perihal Dagangan (Penggunaan Perbahasaan “Halal”) 1975 adalah seperti berikut:
Apabila digunakan berhubung dengan makanan dalam apa-apa juga bentuk dalam perjalanan perdagangan atau perniagaan sebagai suatu perihal dagangan atau sebagai sebahagian daripada suatu perihal dagangan yang dipakai bagi makanan itu, perbahasaan-perbahasaan ‘Halal’, ‘Ditanggung Halal’ atau ‘Makanan Islam’ atau apa-apa perbahasaan lain yang menunjukkan atau mungkin difahamkan sebagai menunjukkan bahawa orang-orang Islam adalah dibenarkan oleh agama mereka memakan makanan itu maka perbahasaan itu hendaklah mempunyai erti yang berikut, iaitu makanan yang berhubung dengan perbahasaan atau perbahasaan-perbahasaan itu digunakan:
- bukanlah terdiri daripada atau mengandungi apa-apa bahagian atau benda dari binatang yang orang Islam dilarang oleh Hukum Syarak memakannya atau yang tidak disembelih mengikut Hukum Syarak;
- tidaklah mengandungi apa-apa benda yang dihukum sebagai najis mengikut Hukum Syarak;
- tidak disedia, diproses atau dikilang dengan menggunakan apa-apa alat yang tidak bebas dari benda-benda najis mengikut Hukum Syarak; dan
- tidaklah dalam masa menyedia, memproses atau menyimpannya itu bersentuhan atau berdekatan dengan apa-apa makanan yang tidak memenuhi kehendak-kehendak perenggan (a), (b) atau (c) atau apa-apa benda yang dihukum sebagai najis mengikut Hukum Syarak.
Produk Makanan dan Minuman
Produk makanan dan minuman bermaksud barang-barang yang dibuat atau dihasilkan atau hasil atau penghasilanatau pengeluaran yang melibatkan makanan dan minuman.Barangan Gunaan
Barangan Gunaan bermaksud barang-barang bukan makanan dan minuman, seperti kosmetik, pakaian dan peralatan.Premis Makanan
Premis Makanan bermaksud bangunan dan kawasan tempat diuruskan perniagaan makanan dan minuman termasuk restoran, medan selera, dapur komersial, kafetaria, kedai kek dan pastri, restoran makanan segera, kantin, restoran, kelab/hotel, kiosk, katerer dan lain-lain.Rumah Sembelih
Rumah sembelih bermaksud tempat atau premis untuk menyembelih dan/atau memproses binatangSumber
Saturday, February 15, 2014
Tiada Halangan Hanya Peluang
Artikel ini tercetus selepas saya menghadiri beberapa perkongsian di dalam industri Halal secara ilmiah dan santai. Benar,tiada masalah yang tiada penyelesaiannya kecuali MATI.
Tetapi artikel ini bukan membicarakan perihal mati.
Artikel ini akan melihat kepada CABARAN,HALANGAN DAN CADANGAN PENYELESAIAN kepada permasalah berikut :
Pemain Industri Halal :
1-Pemohon baru kepada permohonan sijil Halal sering mengalami masalah mengenai permohonan baru/memperbaharui mereka - e.g sijil lambat diluluskan
2-Pihak berkuasa (Jabatan Agama Islam Negeri [JAIN]) merungut bahawa terdapat banyak kesukaran untuk mereka membuat kelulusan terhadap permohonan-permohonan yang diterima e.g kekurangan tenaga pekerja, pemohon tidak memenuhi kriteria yang diperlukan borang
3-Halal Eksekutif di sesebuah kilang/syarikat sukar melaksanakan Sistem Pematuhan dan Jaminan Halal
e.g Pekerja degil untuk mematuhi peraturan
Nota : Jika saudara-saudari ada lain-lain pemerhatian lagi permasalahan,boleh kongsikan di ruangan komen.
Jadi, apa cadangan solusinya?
Tiada Halangan Hanya Peluang. ^_^
Cadangan Solusi :
Saturday, February 1, 2014
Laman Sesawang Halalverified.com
sila layari halalverified.com
Antara pautan-pautan yang menukilkan cerita-cerita mengenai sistem portal Halal Verified ini.
| PEMBANGUNAN HALAL VERIFIED ENGINE MENERIMA SAMBUTAN BAIK DI KALANGAN BADAN-BADAN PENSIJILAN HALAL DI AUSTRALIA |
Saturday, January 18, 2014
Rujukan Bijak Pengguna Dalam Bidang Halal
Aktiviti dan tahap kepenggunaan masih lagi di takuk lama. Perlu usaha berterusan daripada pelbagai pihak supaya penerangan mengenai pelbagai isu kepengggunaan dapat sampai ke akar umbi masyarakat.
Dalam posting kali ini saya akan berkongsi laman sesawang (website) yang sangat bermanfaat untuk dilayari orang awam. Antaranya ialah
PORTAL RASMI HALAL MALAYSIA kendalian JABATAN KEMAJUAN ISLAM MALAYSIA (JAKIM)
www.halal.gov.my
PORTAL RASMI HALAL MALAYSIA kendalian JABATAN KEMAJUAN ISLAM MALAYSIA (JAKIM)
www.halal.gov.my
![]() |
| klik pada gambar untuk paparan lebih jelas |
Ilmu Halal tiada sempadan
Posting kali ini saya akan berkongsi secara ringkas topik-topik yang telah saya pelajari di HAMRA-MISDEC ini.
Tempoh pembelajaran teori selama empat (4) bulan dan praktikal bertempoh tiga (3) bulan tidak memungkinkan lautan ilmu berkaitan perihal halal dapat dikaut namun cukup untuk mempersiap bakal Eksekutif Halal yang keluar daripada institusi ini berentap di medan nanti.
Juga saya berhasrat menjadikan ini sebagai satu portfolio semak-dan-imbang (check-and-balance) adakah ilmu yang pelajari akan menjadi tulisan kekal di buku catatan sekaligus tidak bermanfaat untuk ummah !
Wal'iyyazabillah ! kita mohon jauh, semoga kita dikurniakan ilmu yang bermanfaat.
Tempoh pembelajaran teori selama empat (4) bulan dan praktikal bertempoh tiga (3) bulan tidak memungkinkan lautan ilmu berkaitan perihal halal dapat dikaut namun cukup untuk mempersiap bakal Eksekutif Halal yang keluar daripada institusi ini berentap di medan nanti.
Juga saya berhasrat menjadikan ini sebagai satu portfolio semak-dan-imbang (check-and-balance) adakah ilmu yang pelajari akan menjadi tulisan kekal di buku catatan sekaligus tidak bermanfaat untuk ummah !
Wal'iyyazabillah ! kita mohon jauh, semoga kita dikurniakan ilmu yang bermanfaat.
Di sini bermula sebuah travelog Halal
| Dinihari subuh bersama teman-teman sebelum ke sambutan Maulidurrasul Peringkat Negeri Melaka 2014
Blog ini dibina genap sebulan sejak saya mendaftar masuk ke Halal Management Research Academy (HAMRA) Pusat Pembangunan Kemahiran Perindustrian Melaka (MISDEC) pada 15 Disember 2013.
Blog ini akan menukilkan pengalaman yang saya lalui bersama-sama rakan-rakan seperjuangan di sini. Juga ini ialah platform saya melatih gaya penulisan santai berkenaan industri Halal. Sedikit sebanyak ilmu yang telah saya gali dan perolehi curahan para jurulatih/pensyarah/guru-guru saya di HAMRA-MISDEC dapat disumbang semula kepada masyarakat.
|
Subscribe to:
Posts (Atom)







