Dinihari subuh bersama teman-teman sebelum ke sambutan Maulidurrasul Peringkat Negeri Melaka 2014
Blog ini dibina genap sebulan sejak saya mendaftar masuk ke Halal Management Research Academy (HAMRA) Pusat Pembangunan Kemahiran Perindustrian Melaka (MISDEC) pada 15 Disember 2013.
Blog ini akan menukilkan pengalaman yang saya lalui bersama-sama rakan-rakan seperjuangan di sini. Juga ini ialah platform saya melatih gaya penulisan santai berkenaan industri Halal. Sedikit sebanyak ilmu yang telah saya gali dan perolehi curahan para jurulatih/pensyarah/guru-guru saya di HAMRA-MISDEC dapat disumbang semula kepada masyarakat.
Seperti blog utama saya, saya berhasrat memanifestasikan erti "Memaknakan Sebuah Kehidupan Untuk Ilahi."
Santai,ringkas dan bermanfaat, Saya memohon doa teman-teman agar perjalanan ilmu saya dalam industri halal ini dipermudahkan dan dijadikan sebagai catatan amal saya di akhirat kelak.
Aktiviti memanah anjuran Masjid Al-Ghaffar Jasin Melaka sempena Maulidur Rasul 2014
Rakan-rakan sekelas Al-Farabi (Halal Logistik) yang akan berjuang bersama dalam industri Halal kelak
Bersama teman-teman di Hang Tuah Centre
Pelbagai memori menggamit sepanjang sebulan berada di HAMRA-MISDEC, saya cuba mengekalkan momentum 'sedar diri' akan tanggung jawab yang besar menanti untuk di pikul di luar.
Semoga teman-teman mendoakan saya dan rakan-rakan di sini berjaya dunia akhirat.
Komentar dan cadangan amat dialu-alukan untuk menggalakkan komunikasi saya dan rakan-rakan.
|
Saturday, January 18, 2014
Di sini bermula sebuah travelog Halal
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment