Saturday, January 18, 2014

Ilmu Halal tiada sempadan

Posting kali ini saya akan berkongsi secara ringkas topik-topik yang telah saya pelajari di HAMRA-MISDEC ini.

Tempoh pembelajaran teori selama empat (4) bulan dan praktikal bertempoh tiga (3) bulan tidak memungkinkan lautan ilmu berkaitan perihal halal dapat dikaut namun cukup untuk mempersiap bakal Eksekutif Halal yang keluar daripada institusi ini berentap di medan nanti.

Juga saya berhasrat menjadikan ini sebagai satu portfolio semak-dan-imbang (check-and-balance) adakah ilmu yang pelajari akan menjadi tulisan kekal di buku catatan sekaligus tidak bermanfaat untuk ummah !

Wal'iyyazabillah ! kita mohon jauh, semoga kita dikurniakan ilmu yang bermanfaat.





Jadual training setiap minggu akan dipaparkan di kelas


Antara topik-topik yang telah di kongsi para trainer di sini ialah

1) Taklimat penubuhan Halal Management Research Academy (HAMRA)
* Teruja kerana jika di amati ibarat madrasah untuk melahirkan para ilmuan Islam yang pernah unggul di zaman kecemerlangan ilmu Islam satu masa dahulu.

2) Management Qalbu (MQ)
*Bagaimana koreksi dan memaksimumkan potensi diri melalui kaedah
Musyaratoh, Muhasanah, Mutabaah, Mu'aqabah, Muraqabah, Mujahadah.

3) Konsep Halalan Thoyyiba dan Dasar Syariah

4) MS 1500 : 2009 ‘Makanan Halal:Pengeluaran, Penyediaan, Pengendalian dan Penyimpanan – Garis Panduan Umum 

5) Akta Perihal Dagangan 2011 (APD 2011) 


6) Konsep & Amalan Fiqh Muamalat Dalam Islam


7) Kaedah Penentuan Halal dan Haram  Produk Makanan dan Bukan Makanan 


8) Etika Pengurusan Islam


9) Effective Communication English


10) Business Communication English


11) Manual Persijilan Halal 


12) Asas dan Budaya Korporat 


13) Principles of Management


14)Akta Makanan 1983


15)Peraturan Makanan 1985


16)Human Resource Management


17)Halal Medicine


18)English Drama


19)Jati Diri & Waja Diri Landasan Pembangunan Insan


20)Strategic Management


21)Grooming


22)Marketing 1 & 2


23)Portal E-Halal


24)Kaedah Verifikasi Produk Halal dan Haram


25)Pengurusan Halal di Malaysia


26)Sains Pemakanan


27)Asas Kimia


28)Managing A GMP Premice


Insya allah cebisan ilmu yang saya hadam dan catitkan setiap topik akan saya kongsikan dalam posting tulisan-tulisan  seterusnya


Doakan semoga saya terus istiqamah untuk menulis.

No comments:

Post a Comment